words after words

sometimes , our story were accidentally be the same ! but mine is still mines , and you are yours . I just kept mine . I laugh , yahh I do ! I cry , often . I smile , sure for every single day . I talk , always and still talking even when Im sick . thats so me ! I used to laugh , cry and talk everytime when its needed . Im poor thing , nothing special on me . just a lil girl who will make your day cheers , full of love and get into messy sometimes . Im sweet like a candy , but beware ! I'll make you regret of living if you try to bother my life . take a look here , happy stepping by !

sekadar berkongsi

Assalamualaikum pemblog tegar , peninjau blog dan sesiap sahaja yg beragama Islam .
apa khabar ?  bertemu kita sekali lagi pada hari ini . cewahh , macam pengacara tv lah pulak . haha :D
 perasan nyaaa lah . (tangan dekat dada , mata pandang atas) :P hihihi .
okay okay , serious boleh tak Yumi ? haihh . seringgg melawak dan ketawa .

orite ! actually Yumi ada benda nak share dengan korang semua .
ini tentang jiran depan rumah Yumi (rumah family) . 
tak tahu kenapa hati ni jadi sayu dan sedih je bila tengok nasibnya . (air mata)
okay , Yumi start dari kehilangan anak gadisnya awal tahun lalu , pada february 2010 .
Yumi panggil jiran ni Pakcik Usup . dalam taman tu , Pakcik Usup ni boleh dikatakan seorang yg tidak ambil tahu sgt pasal org org sekeliling walaupun mulutnya agak 'berbisa' sedikit . biasa lah , org lama kan . agak tegas orgnya , serious je muka manjang . dia
sibuk dengan hal diri dan family dia saja . pergi kerja , balik kerja . tapi kalau ada kenduri kendara , dia akan pergi juga kalau berkesempatan . tapi sebenarnya Pakcik Usup ni seorang yang baik hati dan penyayang . itu salah satu sebab yg membuatkan Yumi sedih dengan cerita ini . 

okay , pada awal tahun 2010 yg lalu (bulan february kalau tak silap) , Pakcik Usup ni telah kehilangan anak gadis kesayangannya yang dipanggil Intan . kehilangan bukan bermaksud meninggal dunia , tapi menghilangkan diri dan dipercayai telah mengikut teman lelakinya ke Lambok , Indonesia . puas dicari sana sini , masukkan dalam pelbagai jenis akhbar , buat kenduri doa selamat , solat hajat ,dan  khidmat bomoh Islam . tapi masih tak berhasil menjumpai anak gadisnya . terakhir pihak polis memberitahu yang Intan dipercayai berada di pantai timur kerana account bank milik Intan telah membuat urusan pengeluaran wang yang bernilai Rm20 disana . setiap hari rumah Pakcik Usup dipenuhi dgn org ramai yang tak putus putus datang memberi semangat kepadanya dan isteri serta family . isterinya juga Yumi dengar selalu sakit sakit dan tak sihat dek kerana rindu akan Intan . 

Intan , anak sulung dari 4 beradik tidak dijumpai sehingga hari ni . kalau diikutkan , pada tahun kehilangan Intan tu dia sepatutnya menghabiskan sem terakhirnya di UPSI dan sedang practical di sebuah sekolah di klang . tapi dia hanya datang mengajar dalam seminggu je di sekolah tu (kalau tak silap lagi) . kemudian hilang tiba tiba .
ada lagi cerita sepanjang dia sedang practical dan sebelum kehilangannya . tapi Yumi pendekkan cerita supaya tidak mengaibkan mana mana pihak . (dan tujuan Yumi bukan nak cerita mengapa Intan hilangkan diri , tapi ada yang lebih sedih lagi) . maaf.

selama hampir setahun ,Intan masih lagi tidak dijumpai . adik lelaki Intan terpaksa berhenti belajar untuk membantu Pakcik Usup menyara keluarga . katanya tidak mahu meyusahkan org tuanya . alhamdulillah , nasib ada anak lelaki yang boleh diharap . sekarang adiknya tu sedang berkhidmat di TLDM , Lumut Perak . 
dia masih mempunyai dua org adik , sorg lelaki dan sorg perempuan . dua dua masih bersekolah menengah . setiap hari Pakcik Usup merindui Intan , begitu juga isterinya . bila nampak Yumi atau anak anak gadis lain Pakcik Usup mesti nasihat supaya jaga diri dan jangan buat ibu bapa sedih atau susah hati . Selalu juga dia pesan macam tu dekat ibu Yumi . kesian Yumi tgk dia , nampak dari air mukanya dia sedang menanggung derita merindu sorg anak yang masih belum dijumpainya . isterinya Yumi jarang nampak sebab selalu duduk dalam rumah je , jarang keluar beranda rumah . 

dan tibalah hari ni (14 March 2011) ,  Yumi terkejut bila dapat tahu Pakcik Usup nazak ! ibu call bagitahu yang Pakcik Usup mungkin tak lama je lagi hayatnya sebab sedang bertarung nyawa melawan penyakit hati yang menyebabkan dia terlantar , terbaring dan tak boleh bergerak . Ya Allah , kenapa tiba tiba je ? baru hari tu nampak dia drive kereta bawa family keluar . hari ni nazak dah ? Yumi tanya ibu , "kenapa tiba tiba je Pakcik Usup sakit sampai mcm tu bu ? kesian dia , hari tu suhat je ? " ibu kata , "dah seminggu Pakcik Usup tak boleh makan , badan dia kurus sgt sampai nampak tulang temulangnya , padahal dulu dia berisi . baru sebulan je dia sakit , duduk atas wheel chair dan sekarang tgh nazak pun . kesian ibu tgk isteri dia , duduk sebelah menangis je . Pakcik Usup punya mak baru je balik dari Umrah petang tadi terus datang tgk dia ." aku diam , sekelip mata je benda nak jadi . 

tak sampai satu jam , ibu call lagi . "Pakcik Usup dah tak ada , baru je kejap ni ."  "huh ? Innalillah. bu dia tak ada cakap apa apa ke sebelum dia meninngal ?" ibu jawab dengan tangisan , "dia ada cakap , dia sakit bukan sebab apa apa tapi sebab RINDUkan Intan . dia kata setiap hari rindu sampai dah tak tertanggung ." ya Allah , mengalir air mata Yumi dengar . SUMPAH sedih , sampai mcm tu sekali ? "ibu , sampaikan salam takziah dekat isteri dia . sama sama lah doa untuk arwah Pakcik Usup yaa bu ." ibu letak call dan Yumi masih lagi termenung . termenung bukan sebab apa , sebab terharu dengan pemergian arwah . dalam masa sebulan je dia sakit dan terus menghembuskan nafasnya setelah setahun nerindui  anak gadisnya yang masih belum dijumpai . tak apa lah , itu bahagian dia , bahagian Yumi dan org lain belum tentu macam mana lagi . bawalah kerinduan Pakcik Usup itu sehingga kesyurga . InsyaAllah .


Info ; 
1 - Arwah Pakcik Usup menghembuskan nafas setelah sempat menarik tgn ibunya , dan bersalaman walaupun ketika tu dia dalam keadaan antara dunia dan garisan akhirat .sedih dan tersentuh  .  ibunya juga sempat menyuapkan air kemulutnya walaupun ketika itu dia sudah tidak berdaya memasukkan apa apa dalam rongga mulutnya . tapi kasihnya ibu , masih mahu berbuat demikian walaupun tahu anaknya tidak berdaya .
2- Arwah juga menghembuskan nafasnya sesampai saja ibunya dari menunaikan Umrah , dan sesampai sahaja jemaah masjid yang baru pulang solat isya ' . 
3- Anak lelaki Arwah Pakcik Usup baru mendapat tahu yg ayahnya sakit serta tgh nazak beberapa jam sebelum arwah pergi kerana ibunya tak nak buat dia risau diperantauan . dalam perjalanan pulang , dia ada call ibunya untuk bertanya keadaan ayahnya , dalam esak tangisan si ibu menjawab , "ayah baru je meninggal sebelum mak jawab call kau " . ya Allah , bagaimanakah perasaannya ? :( tak dapat Yumi bayangkan .
4- semua tak tahu dekat mana Intan . entah hidup ataupun dah mati . kesian dia tak tahu yang ayahnya dah tak ada lagi , kerana terlalu rindukan dia . kalau dia masih hidup lagi , Yumi doakan semoga Allah membuka pintu hatinya supaya pulang ke kampung menjenguk
family yang sarat merinduimu Intan . kalau dia dah mati , doakan lah semoga rohnya dicucuri rahmat Allah .

kepada  Arwah Pakcik Usup , Yumi mintak maaf kalau selama perkenalan kita didunia ni Yumi ada buat Pakcik tersinggung atau apa saja sama yang tak sengaja atau pun disengajakan . Yumi minta ampun . semoga Pakcik ditempatkan dikalangan hamba hamba Allah yang beriman dan beramal soleh . 
kepada kedua ibu bapa yang banyak berjasa selama ni , TERIMA KASIH yang tak terhingga kerana sudi membesarkan anakmu ini dengan penuh kesabaran . ibu , TERIMA KASIH sebab lahirkan Yumi dan susukan yumi dengan air susu ibu walaupun dalam keadaan sakit . babah , TERIMA KASIH sebab berpenat lelah mencari rezeki untuk bagi Yumi dan adik adik sesuap nasi , bagi pelajaran , bagi apa je yang kami mahu . TERIMA KASIH ibu , babah sebab menjadi org tua yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan tak kira masanya . Yumi SAYANG IBU dengan BABAH sangat sangat . SUMPAH . ampunkan Yumi kalau selama hidup ni Yumi banyak menyusahkan ibu dan babah ataupun membuat kalian tersinggung , terasa hati . Yumi minta ampun sgt sgt . InsyaAllah , Yumi akan jadi anak yang baik dan berjaya untuk buat kalain bangga dengan Yumi . semoga iringan doa kalian memberi rahmat dan kejayaan kepada kami anak anak mu . ILOVEYOU SO MUCH PARENTS ! I SWEAR I DO !

nota ;
apa apa pun yang Yumi cerita ni bukan lah untuk mengaib kan sesiapa atau mana mana pihak . sekadar untuk berkongsi dan dijadikan tauladan pada mana mana bahagian yang boleh memberikan iktibar kepada kita semua . Yumi sangat terharu dan tersentuh dengan cara pemergian Arwah Pakcik Usup . semoga Allah melindungi kita dari sebaarang perkara aib dan elak kan lah dari membuat org tua kita berduka kerana perbuatan kita . InsyaAllah .


“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu”

Huraian hadith ;
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

No comments:

Post a Comment