panjangnya title . . .
penuh dengan maksud tersirat dan tersurat . sangat !
haihh , apa nak buat semuanya dah berlalu . ;(
tak guna dikenang dan diingat lagi . biar lah , biar lah semuanya pergi dibawa hembusan angin .
aku redha dan terima semuanya dengan ikhlas . (insyaAllah)
mungkin ini yang terbaik untuk aku dan dia . aku bukan untuknya , dan dia bukan untuk aku .
pertemuan ini mungkin juga satu kesalahan , dan tak sepatutnya terjadi .
tapi aku masih bersyukur kehadrat Ilahi , kerana mempertemukan aku dengannya dahulu .
yaa , terkadang kita seringkali bertemu dengan orang yang salah dan jatuh cinta .
mengapa ?
kerana orang yang salah itu selalunya akan membuatkan kita menjadi lebih matang untuk mengahdapi hari hari yang mendatang dengan berbekalkan pengalaman ketika bersamanya . insyaAllah .
Alhamdulillah , aku tahu Allah sentiasa ada bersamaku ketika aku memerlukannya .
dengan semua pengalaman pahit , kelat , suka , duka , hiba membuatkan aku seorang yang kuat seperti hari ni . terima kasih kerana kau buat aku begitu kerana dengan itu aku sedar siapa diri aku . kau buat aku terfikir yang sebenarnya aku adalah manusia paling BODOH sekali kerana dipertemukan dengan kau apatah lagi bercinta dengan kau . KASIHANnya aku kerana buta kedua belah mata dah hatiku sepanjang bersama kau . (tapi aku dah pulih daripada tersungkur dan kesakitan itu , aku KUAT ! cukup kuat tanpa kau)
tidak mengapa , aku bersyukur kerana masih ada yang menyayangi dan mengambil berat .
sejak peristiwa itu , aku nekad untuk melepaskan kau pergi .
pergilah , pergi kemana sahaja yang kau mahu . aku tidak mahu ambil peduli lagi kerana kau BUKAN siapa siapa pada aku , kau BUKAN istimewa lagi seperti dahulu . TIDAK lagi !
gunakanlah peluang yang diberi Allah ini untuk mencintai sesiapa sahaja dengan seikhlas hati kau kerana kita tidak selalunya akan mendapat peluang didalam hidup ini . jika ianya datang , hargailah ia atau kau akan menyesal .
dimalam yang dingin ini , aku telah pun melupakan segala galanya TENTANG kau . semuanya !
cuma terkadang aku tidak boleh lari dari mengingati masa lalu ku . tersentuh dan sedih juga , tapi aku harus teruskan perjalanan ini . biar pun pedih , tapi aku teruskan melangkah kaki ini sehingga ke penghujungnya kerana masih banyak yang perlu aku lalui lagi . perlahan lahan merangkak keluar sedikit demi sedikit dari bayang bayang hitam itu . sakit , sangat sakit ! ngeri . tapi tidak mengapalah , kita semua manusia yang seringkali lupa akan janji janji yang pernah ditabur . alpa barangkali . tidak ada manusia tanpa khilafnya , lumrah alam .
tidak semua apa yang kita impikan dalam hidup ini akan menjadi milik kita sepenuhnya . terkadang kita harus kehilangannya untuk kebaikan juga . baiklah , semuanya sudah terjadi pun . TERIMA KASIH untuk semuanya , sakit , perit , pedih , suka segalanya , thank so much :)
aku sudah boleh tersenyum sekarang , tanpa kau kerana kau tidak lagi beerti padaku .
hatiku sudah terisi kini , DIA selalu ada untuk aku dari dulu sehingga sekarang dan aku harap sampai bila bila pun . InsyaAllah , dengan izinNya .
jika kau bahagia , teruskanlah . jangan mengulangi kesilapan lalu lagi kerana kita tidak akan selalu berada diatas . apabila sampai waktunya , kau akan merasai ini seperti aku . ini bukan doa untuk kau , tetapi aku percaya pada ' bumi yang berputar pada paksinya , sekejap diatas dan sekjap dibawah '. dan aku bukan juga Tuhan untuk menentukan hidup kau , cuma KARMA itu sangat betul dan tepat teorinya . :)
semoga bahagia dan terus bahagia disisi orang yang sangat kau cinta itu , doa ikhlas dariku . amin .
sekarang aku mahu menutup semula buku lapuk ini , dan berharap aku tidak lagi akan membukanya supaya air mata ini tidak dibazirkan untuk kau yang tiada kaitan denganku . semoga Allah melindungi dan memberkati kau selalu .
p/s ; kepada kau , maaf kerana aku tidak sengaja singgah dihati kau dahulu . selamat tinggal untuk selamanya :) *senyum .
dan untuk lelaki yang sanggup menerima aku seadanya , TERIMA KASIH yang tak terhingga kerana kau sudi mengisi ruang ini . maaf kerana terlalu banyak kekurangan ku dan aku mungkin tidak dapat memberi seperti apa yang kau inginkan . terimalah aku seadanya kerana tiada manusia yang sempurna melainkan Allah yang Esa . aku harap kau boleh menjadi teman sewaktu susah , senang , duka dan suka aku . terima kasih sekali lagi kerana 'mengutip' perempuan yang merangkak kesakitan keluar dari mimpi ngeri itu . aku sayang kau , SUMPAH . :')
No comments:
Post a Comment