salam . kepada kawan kawan seperjuangan yg sama sama menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Dol Said (Bestari) , Melaka . sila sedekah kan Alfateha kepada Allahyarhamah ustazah Umi Kalsom samada dia pernah mengajar kita atau pun tidak . semoga roh nya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempat kan dikalangan hamba hambanya yg beriman . amin . insyaAllah .
arwah meninggalkan kita pada 23 february 2011 (semalam) . aku dapat info ni dari alifh abu hassan . dia text aku bagitahu yg ustazah dah tak ada . dulu dia pernah mengajar aku masa aku form 1 . pernah juga lah kena cubit , kena rotan , kena marah , kena ketuk jari sbb tak bawak telekung . tp , aku tahu salah aku , aku degil . maaf kan kami ustazah . maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki . terasa menyesal dah bersalah pula .
ustazah , saya dah maaf kan ustazah dan tak berdendam pun . saya tahu ustazah marah kami sbb nak kami jadi org yg berguna pada masa akan datang . alhamdulillah , kami hampir kesitu ustazah . kami semua sedang berjuang untuk mendapat kan diploma / degree kami . insyaAllah . terima kasih atas setiap tunjuk ajar ustazah kepada kami semua . terima kasih yg tak terhingga . semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mu dan menempat kan mu dikalangan hambanya yg beriman dan beramal soleh . Dia lebih menyayangi mu .
alfateha . . .
No comments:
Post a Comment